Pertama Kali Naik KTM Komuter Seremban

Sabtu, 3 Februari 2018

Di pagi yang indah, di hati yang penuh pengharapan dan ingin mencuba sesuatu. Alhamdulilah semalam buat kali pertamanya aku menaiki KTM Komuter Sendirian. Walaupon aku berlajar diUITM Seri Iskandar tetapi aku bukanlah penumpang Komuter. Kenderaan Utama aku untuk pergi dan balik ke Uitm hanyalah Bas Express. Sebab itu semalam hanya untuk pergi ke KL Sentral menaiki Komuter adalah kali pertama untuk aku. 

Aku ada kawan yang tinggal Di Port Dickson iaitu itu kampung aku sendiri dan berlajar di Politeknik Port Dickson yang kerap pergi ke Kuala Lumpur menaiki komuter. So, sebelum aku nak menaiki KTM semalam hari sebelumnya aku telah berbual melalui Whatsapp bertanyaakan tentang bagaimana untuk menaiki KTM untuk pergi Ke KL Sentral.

Alhamdulilah serba sedikit apa yang di ajar aku faham dan aku gunakan semasa aku dalam perjalanan ke KL Sentral. 

Di adalah Rajah Laluan KTM Komuter 


Sebelum aku teruskan macam mana nak tengok rajah laluan ini. Aku nak terangkan serba sedikit macam mana  nak beli tiket. Kalau tak penah guna memang cuak muka dekat situ, nak-ii naik komuter first time dan kau sorang-ii. 

Untuk yang nak beli tiket nak guna kad boleh lah beli di kaunter, tapi kalau setakat nak beli tiket untuk hari tersebut sahaja. Kau akan beli tiket dekat mesin.So masalah sekarang kau nak berhadapan dengan mesin yang pertama kali kau gunakan. Rasanya stress tak, bagi yang pertama kali dan tak tahu guna. Sebenarnya senang sahaja. Mesin ini bukan macam kau beli air dekat mesin , masuk duit lepas itu pilih air. BUKAN ! 

Langkah nak gunaka mesin itu lebih kurang macam ini. Aku mampu taip sahaja aku tiada rajah untuk tunjuk kat u all. 

1. Kau kena pilih tempat ( dekat situ ada abjad daripada A-Z, so tempat kau nak pergi tu mula dengan huruf apa , so click huruf yang pertama nama tempat tu, then akan keluarlah nama tempat yang kau nak pergi . contoh nak pergi KL Sentral . kau Click lah KL Sentral) 


2. Lepas kau dah click nama tempat,mesin tu akan nyatakan berapa harga tiket kau untuk pergi ke destinasi itu. 

3. Di Screen mesin ada button CASH ,clicklah  , then masukkan amount yang dinyatakan ( siapkan duit cukup, max duit paling besar boleh masuk dalam mesin itu  RM 10, kalau tak de , pergi tukar dulu dekat kedai atau kaunter). 

4. Selesai pembayaran tiket, keluarlah tiket kau yang berbentuk TOKEN 

Okey ,DONE beli tiket !

Next kau nak masuk entrance ke bahagian KTM, kau just letak tiket kat bahagian atas yang dia tunjuk dekat Entrance tu (just slide). Aku tak de gambar entrance kat seremban tapi lebih kurang macam ni lah entrance nya. Then bila sampai ke destinasi kau masukkan token ( tiket ) dekat dalam entrance tu.




So sekarang macam mana nak tengok rajah laluan . kalau daripada Seremban Di Platform 2 akan ada 2 tren, kalau satu ke Batu Cave dan satu lagi KL Sentral. Laluan yang akan tren seremban ke KL Sentral adalah yang berwarna biru tu. So kalau tempat yang korang nak pergi tu adalah di laluan berwarna biru, so korang kena nail tren ke KL Sentral. Antara laluanya ilah Serdang,Midvalley dan UKM. Tempat yang lain boleh tengok rajah lalaun.


So ini adalah guied untuk tahun ini (2018) aku tak tahu tahun bila kau baca ini kot, KTM tu ada buat apa-apa perubahan. 

Untuk pengetahuan korang jagka masa daripada seremban nak ke Kl sentral naik komuter lebih kurang 2 jam juga. Aku bertolak dari seremban jam 2 Petang dan aku sampai ke kl sentral jam 4 petang.Di setiap destinasi yang Komuter tu berhenti ambil masa lebih kurang 5-7 minit sahaja. 


Alhamdulillah lebih kurang jam 4 aku tiba di KL Sentral dan bertemu dengan Kak Ani (partner Shaklee ). Sebernya tujuan aku pergi ke Kl Sentral untuk bertemu dengan Upline bisnes shaklee yang aku jalankan sekarang ini. Aku berjumpa dengan Kak Ani dan Kak Kep. Kak Kep adalah Upline kak ani yang kini tinggal di Qatar. Tujuan perjumpaan kami adalah untuk berkongsi idea, pendapat dan berkongsi cerita untuk menjayakan dan menjalankan bisnes shaklee ini.

Kalau Korang berminat untuk menjadi ahli shaklee atau berminat untuk menggunakan produk shaklee korang boleh terus hubungi aku di talian 0196431747 atau korang whatsapp Aishah (click pada nama) 

Bila korang menjadi ahli dibawah aku, aku akan guied korang satu-satu macam mana nak kembangkan bisne korang, Yang penting korang nak. Untuk mendaftar ahli hanya bermula pada RM80 sahaja. :) 

GAMBAR AKU (sebelah kak ani), KAK ANI (berniqab) , KAK KEP 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS